KABAR DUKA! Nadia Kesuma Aktris Malaysia Meninggal Dunia pada 18 Januari 2026 Akibat Sakit Jantung di Jaddah
Nadia-Instagram-
Nadia Kesuma Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung, Ungkap AnakPelakon Nadia Kesuma disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung, sebagaimana dimaklumkan oleh anak perempuannya.
Maklumat itu dikongsikan menerusi akaun Threads miliknya, @myyrraaa, yang menyatakan berita berkenaan diterima daripada pihak agensi pelancongan pada malam sebelumnya.
Menurutnya, ibunya meninggal dunia akibat serangan jantung dan sempat dibawa ke hospital pada hari yang sama selepas tiba di Lapangan Terbang Jeddah.
Dia turut mendakwa tiada sebarang makluman awal diterima oleh ahli keluarga mengenai keadaan arwah sehingga kira-kira jam 11.30 malam.
Katanya, berita pemergian itu dimaklumkan sendiri oleh agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan arwah.
Sebelum ini, Nadia dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London, United Kingdom, dengan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz pada Khamis lalu.
Wisma Putra kemudian mengesahkan individu yang dilaporkan hilang di Arab Saudi itu telah meninggalkan Lapangan Terbang Jeddah.
Suami Allahyarham, Muhammad Kamarul, sebelum ini dilaporkan merayu bantuan kerajaan untuk menggerakkan usaha diplomatik bagi mempercepatkan proses pencarian.
Allahyarham menyertai rombongan umrah dan ziarah anjuran sebuah agensi pelancongan melibatkan 21 peserta sejak 14 Januari bagi tempoh dua minggu.